Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2017

Types of Server platforms / Operating System (OS) Server

Terdapat dua jenis platform atau sistem operasi dalam Server. Sistem operasi tersebut ialah, Sistem Terbuka dan Sistem Berlesen. Sistem Berlesen (Licensed) ialah sistem operasi yang ditawarkan adalah berbayar. Ini bermakna untuk mendapatkan Sistem Operasi yang tersedia, pengguna perlu membelinya supaya ia dibenarkan untuk diinstall di dalam komputer untuk menjadi Sistem Operasi bagi server yang ingin dipasang. Antara contoh Sistem Operasi berlesen ialah, Microsoft Windows, Macintosh, Novell Netware dan banyak lagi. Sistem Operasi yang popular ialah Microsoft Windows. Sistem Terbuka pula ialah sistem operasi yang ditawarka kepada pengguna secara percuma. Pengguna hanya perlu melayari laman web OS tersebut, dan kemudiannya memuat turun sistem operasi tersebut. Setelah selesai memuat turun, pengguna boleh menginstall perisian sistem operasi tersebut. Antara contoh sistem operasi terbuka ialah Linux, Unix, Ubuntu, Debian, CentOS, RedHat, Mandrive dan banyak lagi.

Apa itu ISO/IEC: 8648: 1988 (Interconnection- Internal organization of the network layer)

ISO/IEC: 8648: 1988 adalah merupakan akta bagi sistem pemprosesan maklumat organisasi dalam lapisan rangkaian model OSI. Ia merupakan satu standard atau piawaian yang bertujuan untuk Penyeragaraman dalam menghasilkan produk, bahan , perkhidmatan mengikut standard yang disediakan oleh ISO. Dalam erti kata lain, ISO/IEC: 8648: 1988 ialah satu piawaian yang ditetapkan untuk menyeragamkan atau membolehkan semua perkakasan dapat digunakan bersama walaupun daripada vendor yang berbeza. Ia adalah berkaitan dengan OSI (Open System Interconnection). Ia juga untuk menentukan penggunaan “ rangkaian sebenar”  dalam menyokong atau menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, boleh dipercayai dan selamat.