Skip to main content

Posts

Types of Server platforms / Operating System (OS) Server

Recent posts

Apa itu ISO/IEC: 8648: 1988 (Interconnection- Internal organization of the network layer)

ISO/IEC: 8648: 1988 adalah merupakan akta bagi sistem pemprosesan maklumat organisasi dalam lapisan rangkaian model OSI. Ia merupakan satu standard atau piawaian yang bertujuan untuk Penyeragaraman dalam menghasilkan produk, bahan , perkhidmatan mengikut standard yang disediakan oleh ISO. Dalam erti kata lain, ISO/IEC: 8648: 1988 ialah satu piawaian yang ditetapkan untuk menyeragamkan atau membolehkan semua perkakasan dapat digunakan bersama walaupun daripada vendor yang berbeza. Ia adalah berkaitan dengan OSI (Open System Interconnection). Ia juga untuk menentukan penggunaan “ rangkaian sebenar”  dalam menyokong atau menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, boleh dipercayai dan selamat.

VARIABLE SUBNET MASK

Variable-Length Subnet Masking (VLSM) adalah sama dengan ‘subnetting subnet’ dimana ia membenarkan Jurutera Rangkaian untuk membahagikan ruang IP address kepada subnet yang berlainan saiz di dalam sebuah hierarki, dan ianya boleh untuk mencipta (create) subnet dengan jumlah host yang berbeza tetapi tidak membazirkan jumlah bilangan alamat yang besar atau banyak tersebut.             Subnet Mask bertujuan untuk menyatakan saiz setiap subnet (jumlah alamat host dalam sesebuah subnet). Fixed-Length Subnet Masking (FLSM) adalah dicipta (creates) untuk melakukan subnet dengan saiz yang sama bagi semua subnet. Namun begitu, kebiasaanya terdapat sebahagian subnet yang mempunyai terlalu banyak host sehingga ia tidak mencukupi, dan terdapat juga subnet yang terlalu sedikit dan membazir kerana host-host tersebut tidak memenuhi subnet tersebut. Oleh itu, apabila VLSM diaktifkan atau dihidupkan (enabled) subnet yang besar ataupun yang masih mempunyai ruang boleh dibahagikan kepada set sub-subn

Apa pengertian Headers dalam rangkaian??

HEADER? Terdapat pelbagai kenyataan atau pengertian mengenai Headers. Dari sudut sains komputer, Header adalah unit sesuatu informasi yang bertindak sebagai data objek. Dalam transmisi rangkaian, Header ialah sebahagian daripada Data packets dan mengandungi transparent information mengenai fail atau informasi. Daripada sudut pandangan teori rangkaian, header berkaitan dengan protocol dan IP. Sebuah header protocol mengandungi maklumat yang spesifik mengenai protocol tersebut. Pemahan bagi sebuah ialah ringkas, informasi berstruktur yang di transmisikan diantara satu atau lebih aplikasi di dalam host computer yang sama atau berbeza dan peranti yang lain adala tugas header. Manakala protocol secara keseluruhan, boleh didirikan daripada lebih daripada satu jenis header yang digunakan untuk komunikasi yang bertujuan untuk menukar informasi seperti menetapkan dan memindahkan aplikasi mengenai spesifik data. Oleh sebab itu, kadang kala protocol tersebut diungkap sebgai protocol suite. 

Assembly Language

Hai, post yang lalu saya jelaskan tentang Machine Language, pada post kali ini saya akan memberikan maklumat tentang  Assembly Language. Assembly Language (Bahasa Rakitan/ Bahasa Himpunan) merupakan bahasa program generasi kedua yang ditemui selepas penciptaan Machine Language. Ia merupakan peningkatan atau notasi kepada bahasa mesin yang dicipta agar lebih difahami oleh manusia namun bergantung kepada jenis senibina sesebuah komputer yang digunakan. Assembly Language lebih efiesyen memori. lebih cepat diproses dan lebih mudah difahami Contoh bagi Assembly Language ialah Algol. BASIC. COBOL, C, C++, FORTRAN, LISP dan Pascal.

Machine Language

Hai, para pembaca blog saya yang setia ... kononlah... hari ini kami belajar mengenai Programming Languages ... Antara bahasa program yang kami pelajari ialah Machine Language Machine Language adalah bahasa program generasi pertama. Ia merupakan bahasa program yang ditetapkan menjadi satu set arahan atau perintah yang dinyatakan dalam bentuk bilangan biner atau binari, bagi angka binari ia hanya mengandungi 0 dan 1.  Ia merupakan Low level Language juga difahami sebagai tatacara yang digunakan untuk berkomunikasi dengan komputer yang berorientasikan mesin. Selain itu. Ia merupakan kod operasi sesuatu mesin tertentu. Machine Language berfungsi untuk memberikan data dan arahan tentang bagaimana mengolah sesebuah data kepda CPU. Contohnhya, 01100101100110

KERJASAMA DALAM KERJA KUMPULAN

PENGENALAN Kumpulan didefinisikan sebagai dua atau lebih individu yang bebas berinteraksi di antara satu sama lain, disamping berkongsi tujuan dan juga identiti. Terdapat empat dimensi untuk membentuk kumpulan iaitu ; a) Sebuah kumpulan mesti memiliki dua atau lebih ahli b) Setiap individu bebas berinteraksi antara satu sama lain c)Setiap individu mesti berkongsi identiti untuk berinteraksi diantara satu sama lain. d) Setiap individu sama ada lelaki atau perempuan harus diiktiraf sebagai ahli di dalam kumpulan tersebut.                                                                JENIS-JENIS KUMPULAN  Kumpulan boleh dikategorikan kepada dua kategori iaitu kumpulan formal dan tidak formal. a) Kumpulan Formal   - Merupakan sebuah kumpulan yang ditubuhkan untuk meningkatkan produktiviti kerja. Ia juga dipanggil sebagai sebuah pasukan atau sebuah jawatankuasa kumpulan kerja.   - Satu kumpulan yang mempunyai tujuan dan tugas-tugas yang berkaitan dengan