Variable-Length Subnet Masking (VLSM) adalah sama
dengan ‘subnetting subnet’ dimana ia membenarkan Jurutera Rangkaian untuk
membahagikan ruang IP address kepada subnet yang berlainan saiz di dalam sebuah
hierarki, dan ianya boleh untuk mencipta (create) subnet dengan jumlah host
yang berbeza tetapi tidak membazirkan jumlah bilangan alamat yang besar atau
banyak tersebut.
Subnet
Mask bertujuan untuk menyatakan saiz setiap subnet (jumlah alamat host dalam
sesebuah subnet). Fixed-Length Subnet Masking (FLSM) adalah dicipta (creates)
untuk melakukan subnet dengan saiz yang sama bagi semua subnet. Namun begitu,
kebiasaanya terdapat sebahagian subnet yang mempunyai terlalu banyak host
sehingga ia tidak mencukupi, dan terdapat juga subnet yang terlalu sedikit dan
membazir kerana host-host tersebut tidak memenuhi subnet tersebut. Oleh itu,
apabila VLSM diaktifkan atau dihidupkan (enabled) subnet yang besar ataupun
yang masih mempunyai ruang boleh dibahagikan kepada set sub-subnets yang lebih
kecil, dimana ia akan diuruskan untuk menguruskan atau mengendalikas set-set
host yang kecil.
VLSM adalah sama dalam konsep dan niat untuk Classless
Inter Domain Routing (CIDR), yang membolehkan domain Internet tunggal untuk
mempunyai ruang alamat yang tidak muat ke dalam kelas address tradisional. VLSM
pada asalnya ditakrifkan dalam IETF RFC 1812 .
Comments