Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

Monitor CRT( Cathode Ray Tube )

  Monitor jenis ini merupakan sebuah tabung penampilan data atau maklumat pemprosesan komputer yang digunakan di dalam layar komputer, monitor video, dan televisyen. Monitor ini telah diasakan oleh Karl Ferdinand Braund, dan dikembangkan melalui hasil kerja Philo Farnsworth.  Monitor jenis ini selalunya digunakan untuk televisyan sehinggalah pada akhir abad ke-20 an. Namun, monitor jenis ini juga masih lagi digunakan. Monitor jenis CRT ini merupakan dasar perkembangan kepada monitor yang lain-lain seperti LCD, LED dan paparan Plasma.  Monitor ini merupakan generasi kedua daripada generasi pertama monitor ini yang diperkenalkan pada zaman moden ini. Kelebihan monitor ini ialah, monitor ini murah, senang dibaiki apabila terdapat sebarang kerosakan, merupakan monitor bebas dead pixel, ghosting dan viewing angle, mempunyai resolusi monitor fleksibel, mempunyai warna akurat dan tajam. Kelemahan monitor ini ialah berat dan sukar untuk dibawa ke mana-mana.

Contoh-contoh peranti output

* Contoh- Contoh peranti output *  Monitor Monitor digunakan untuk memaparkan data yang kelihatan di depan skrin. Data yang biasa dipaparkan di atas skrin adalah seperti gambar, permainan computer, tayangan filem, arahan, teks dan sebagainya. Antara jenis-jenis monitor ialah CRT (Cathode Ray Tube), LCD (Liquid Crystal Display) dan Plasma Display. Projektor LCD Projektor LCD digunakan untuk memaparkan data di depan skrin. Projektor LCD mempunyai fungsi yang sama seperti monitor tetapi Projektor LCD digunakan di sebuah bilik atau dikawasan yang lebih luas agar boleh dilihat oleh ramai orang. Pencetak Pencetak adalah satu peranti yang digunakan untuk mengeluarkan data dari dalam komputer kepada bentuk cetakan pada kertas. Pencetak menukarkan data elektronik kepada bentuk hard copy. Terdapat beberapa jenis pencetak yang terdapat di pasaran. Antaranya ialah Pencetak Buble-Jet, Pencetak Laser, Penc

* Definisi Peranti Output *

Peranti output  ialah mana-mana kelengkapan perkakasan komputer  yang digunakan untuk menyampaikan hasil pemprosesan data  yang dilakukan oleh  sistem pemprosesan maklumat  (seperti Komputer ) kepada dunia luar, manakala i nput/output  (I/O) merujuk kepada komunikasi tersebut. Sebaliknya, output  ialah syarat atau data  yang dihantar oleh sistem ke luar, berbeza dengan input  yang merupakan isyarat atau data yang dihantar kepada sistem.
Peranti Output. Apakah itu peranti output???  Peranti output adalah sebarang peranti perkakasan yang digunakan untuk memaparkan maklumat yang telah diproses oleh Unit Pemprosesan Pusat (CPU) untuk dilihat, digunakan atau didengar oleh pengguna. Data yang diinput menerusi peranti input perlu diproses oleh komputer supaya berada dalam bentuk yang boleh dibaca oleh mesin sehingga peranti output menukarkannya ke bentuk yang boleh dibaca oleh manusia.