Skip to main content

Contoh-contoh peranti output

* Contoh- Contoh peranti output * 






Monitor
Monitor digunakan untuk memaparkan data yang kelihatan di depan skrin. Data yang biasa dipaparkan di atas skrin adalah seperti gambar, permainan computer, tayangan filem, arahan, teks dan sebagainya. Antara jenis-jenis monitor ialah CRT (Cathode Ray Tube), LCD (Liquid Crystal Display) dan Plasma Display.



Projektor LCD
Projektor LCD digunakan untuk memaparkan data di depan skrin. Projektor LCD mempunyai fungsi yang sama seperti monitor tetapi Projektor LCD digunakan di sebuah bilik atau dikawasan yang lebih luas agar boleh dilihat oleh ramai orang.

Pencetak
Pencetak adalah satu peranti yang digunakan untuk mengeluarkan data dari dalam komputer kepada bentuk cetakan pada kertas. Pencetak menukarkan data elektronik kepada bentuk hard copy. Terdapat beberapa jenis pencetak yang terdapat di pasaran. Antaranya ialah Pencetak Buble-Jet, Pencetak Laser, Pencetak Dot-Matrix dan Pencetak Plotters.


                                     

Pembesar Suara
Pembesar suara atau lebih dikenali sebagai Speaker berfungsi mengeluarkan data atau maklumat kepada bunyi atau audio.

Headphone
Headphone mempunyai fungsi yang sama dengan Pembesar suara. Headphone adalah sepasang pembesar suara kecil yang diletakkan di atas telinga dan dipasang atau disambungkan  ke dalam port pada kad bunyi.


sumber : badukan.com




Comments

Popular posts from this blog

Types of Server platforms / Operating System (OS) Server

Terdapat dua jenis platform atau sistem operasi dalam Server. Sistem operasi tersebut ialah, Sistem Terbuka dan Sistem Berlesen. Sistem Berlesen (Licensed) ialah sistem operasi yang ditawarkan adalah berbayar. Ini bermakna untuk mendapatkan Sistem Operasi yang tersedia, pengguna perlu membelinya supaya ia dibenarkan untuk diinstall di dalam komputer untuk menjadi Sistem Operasi bagi server yang ingin dipasang. Antara contoh Sistem Operasi berlesen ialah, Microsoft Windows, Macintosh, Novell Netware dan banyak lagi. Sistem Operasi yang popular ialah Microsoft Windows. Sistem Terbuka pula ialah sistem operasi yang ditawarka kepada pengguna secara percuma. Pengguna hanya perlu melayari laman web OS tersebut, dan kemudiannya memuat turun sistem operasi tersebut. Setelah selesai memuat turun, pengguna boleh menginstall perisian sistem operasi tersebut. Antara contoh sistem operasi terbuka ialah Linux, Unix, Ubuntu, Debian, CentOS, RedHat, Mandrive dan banyak lagi.

KERJASAMA DALAM KERJA KUMPULAN

PENGENALAN Kumpulan didefinisikan sebagai dua atau lebih individu yang bebas berinteraksi di antara satu sama lain, disamping berkongsi tujuan dan juga identiti. Terdapat empat dimensi untuk membentuk kumpulan iaitu ; a) Sebuah kumpulan mesti memiliki dua atau lebih ahli b) Setiap individu bebas berinteraksi antara satu sama lain c)Setiap individu mesti berkongsi identiti untuk berinteraksi diantara satu sama lain. d) Setiap individu sama ada lelaki atau perempuan harus diiktiraf sebagai ahli di dalam kumpulan tersebut.                                                                JENIS-JENIS KUMPULAN  Kumpulan boleh dikategorikan kepada dua kategori iaitu kumpulan formal dan tidak formal. a) Kumpulan Formal   - Merupakan sebuah kumpulan yang ditubuhkan untuk meningkatkan produktiviti...

KEPERLUAN LATIHAN PERSONEL DALAM KERJAYA

PENGENALAN Mengenal pasti keperluan latihan merupakan batu loncatan dalam sistem pengurusan latihan yang sesuai di mana seluruh arahan latihan yang diprogramkan dibina. Falsafah Latihan adalah prestasi industri yang merujuk kepada tahap dedikasi yang ditunjukkan oleh setiap personel dalam sesebuah organisasi. Tujuan latihan adalah untuk meningkatkan keberkesanan individu supaya mereka boleh menyumbang kepada daya saing organisasi. Latihan adalah proses berterusan. Sekurang-kurangnya latihan perlu disediakan apabila :  a) Seseorang menyertai organisasi  b) Seseorang menganggap tanggungjawab baru  c) Pretasi kerja seseorang memerlukan penambahbaikan  d) keadaan baru memerlukan perubahan dalam produk, teknologi, dasar, amalan, atau prosedur. JENIS-JENIS LATIHAN 1. Latihan Dalaman - Dijalankan adalah berbeza bagi pekerja-pekerja baru, pengurus kumpulan latihan dan eksekutif, untuk meningkatkan prestasi kerja mereka atau persediaan bagi mereka untuk kenaik...