haiii...lama sudah tidak post tentang pembelajaran kira-kira sudah dua minggu tidak upload pasal pembelajaran saya..
Pada hari isnin yang lepas, bersamaan dengan tarikh 13 Oktober 2014 tuu, saya dan rakan sekelas telah menjalankan amali di bawah tajuk Subnetting.. akan tetapi sebelum itu saya ingin menjelaskan maksud Subnetting ialah => Sebuah Proses yang memecahkan sebuah jaringan kepada satu lagi sub jaringan yang lebih kecil.yang lebih dikenali sebagai subnetting.
ada 4 yang perlu dipastikan sebelum kita dapat menjalankan proses ini kepada sambungan yang betul. Yang pertama ialah berapakah jumlah Subnet?? Yang kedua pula berapa jumlah Host per Net?? Yang ketiga berapakah blok subnet?? dan yang keempat dan terakhir ialah apakah host dan broadcast yang sah??
Cara pengiraan bagi jumlah subnet ialah kita perlu mengira jumlah bit 1 pada oktet terakhir melalui formula 2^X..Cara pengiraan bagi jumlah Host per Net pula ialah kita perlu mengira jumlah bit 0 pada oktet terakhir dan dikira melalui formula 2^Y-2. formula bagi pengiraan blok subnet ialah 256 perlu ditolak dengan jumlah oktet terakhir. Contohnya, 256-176. Dan bagi menjawab soalan host dan boadcaast yang sah ialah kita akan membuat sebuah jadual berdasarkan pengiraan yang tela dibuat. Setelah itu barulah kita akan memastikan alamat host dan router dan disambung melalui subnet mask yang betul.
semasa penyambungan subneting kita perlulah memastikan setiap alamat IP dan Subnet Mask betul agar Internet dapat disambungkan. dalam kehidupan seharian, masalah yang sering berlaku sepanjang proses subnetting adalah seperti ungkapan CIDR salah pada router dan tidak berpadanan pada komputer. Alamat IP yang salah juga merupakan masalah yang sering berlaku.
Comments