Skip to main content

KERJASAMA DALAM KERJA KUMPULAN

PENGENALAN

Kumpulan didefinisikan sebagai dua atau lebih individu yang bebas berinteraksi di antara satu sama lain, disamping berkongsi tujuan dan juga identiti.
Image result for teamworkTerdapat empat dimensi untuk membentuk kumpulan iaitu ;


a) Sebuah kumpulan mesti memiliki dua atau lebih ahli
b) Setiap individu bebas berinteraksi antara satu sama lain
c)Setiap individu mesti berkongsi identiti untuk berinteraksi diantara satu sama lain.
d) Setiap individu sama ada lelaki atau perempuan harus diiktiraf sebagai ahli di dalam kumpulan tersebut.

                                                               JENIS-JENIS KUMPULAN 

Kumpulan boleh dikategorikan kepada dua kategori iaitu kumpulan formal dan tidak formal.

a) Kumpulan Formal
  - Merupakan sebuah kumpulan yang ditubuhkan untuk meningkatkan produktiviti kerja. Ia juga dipanggil sebagai sebuah pasukan atau sebuah jawatankuasa kumpulan kerja.
  - Satu kumpulan yang mempunyai tujuan dan tugas-tugas yang berkaitan dengan pencapaian objektif organisasi.
  - Merupakan sebahagian daripada struktur organisasi. Biasanya seorang ahli akan dilantik sebagai ketua dan bertanggungjawab untuk memastikan ahli-ahli dalam kumpulan menjalankan tugas mereka.


b) Kumpulan Tidak Formal
  - Merupakan sebuah kumpulan yang telah berkembang kerana ia membolehkan ahlinya berkongsi aktivit, saling bertindak di antara satu sama lain dan mempunyai sentimen di kalangan ahli. 
  - Tujuan kumpulan tidak formal adalah memenuhi keperluan peribadi ahli-ahlinya. 
  - Berbentuk dalam memberikan sokongan, penentangan atau menghala ke arah ciri-ciri objektif organisasi.

KEBERKESANAN DAN MASALAH DALAM KUMPULAN

Keberkesanan kumpulan adalah dinilai berdasarkan tiga kriteria iaitu ;
Image result for teamwork
a) Fokus Pencapaian
b) Sumbangan ahli-ahli
c) Sekatan dalam kumpulan


a) Fokus Pencapaian

Kumpulan yang cemerlang juga mestilah mempunyai persefahaman. Matlamat yang jelas perlu ada dan kekuatan kumpulan perlu dimiliki, supaya mendorong ahli-ahli kumpulan bekerja di dalam satu kumpulan yang bersemangat dan mempunyai keupayaan untuk mencapai kejayaan. Matlamat kumpulan mestilah khusus dan boleh diukur prestasinya. Kumpulan yang terbaik berdasarkan sistem pengukuran akan memberitahu pihak atasan mengenai pencapaian kumpulan dan akan membantu kumpulan di dalam memahami proses-proses yang dijalankan.

b)Sumbangan ahli-ahli

Ahli-ahli kumpulan perlu menyedari kepuasan yang akan mereka perolehi daripada kerja berkumpulan. Penting untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kemahiran dan terdiri daripada berlainan etnik dan bangsa yang berlainan kerana ia akan menggerakkan kumpulan tersebut. Setiap individu mempunyai idea-idea yang tersendiri disebabkan latar belakang mereka yang berbeza. Ini akan memberikan identiti yang tinggi kepada kumpulan tersebut, kepentingan, autonomi, dan maklum balas pencapaian yang baik. Setiap kumpulan mestilah bekerja dengan bersungguh-sungguh, memberikan sumbangan mereka kepada kumpulan dan bertanggungjawab bukan hanya kepada majikan tetapi juga kepada ahli-ahli kumpulan. Rasa tanggungjawab ini akan memberikan kepercayaan kepada ahli-ahli kumpulan dan membawa komitmen yang baik di dalam kumpulan.

c) Sekatan dalam kumpulan
Terdapa tiga aspek kumpulan yang negatif yang dapat dikenalpasti. Antara aspek tersebut ialah masalah penyelarasan, tekanan terhadap keseragaman dan tenggelam di dalam kumpulan. Kegagalan dalam sesuatu kumpulan adalah sesuatu kejaidian yang biasa, disebabkan oleh kurang pendedahan dalam aspek disiplin kendiri serta tanggungjawab individu kepada ahli-ahli kumpulan. Walaubagaimanapun, faktor kegagalan yang paling dominan adalah dari segi saiz sesuatu kumpulan. Kerja berkumpulan yang paling cekap dengan bilangan ahli yang kecil sahaja. Halangan lain seperti masalah berinteraksi turut menjadi faktor yang melumpuhkan sesuatu organisasi berkumpulan.

ISU DAN MASALAH

Perubahan dalam kumpulan kerja mempengaruhi tingkah laku kumpulan dan persekitaran kumpulan,

i) Faktor Personel
-Dua keperluan yang mempengaruhi rekabentuk kerja adalah keperluan sosial dan keperluan perkembangan diri.
-Dalam konteks ini apabila keperluan sosial tinggi maka rekabentuk kerja perlu berasaskan kumpulan.

ii) Faktor Persekitaran
- Situasi kerja berpasangan akan mengambil masa yang lebih pendek berbanding melakukannya secara bersendirian.
- Kumpulan memainkan peranan yang penting dalam menjadikan tugas lebih mudah dan menarik.

Kumpulan boleh direkabentuk melalui ;

a) Kumpulan Kerja Autonomi
Pengkaji sistem sosioteknikal berpendapat kumpulan kerja autonomi dapat bertukar tugas untuk meningkatkan kemahiran dan bekerjasama menghasilkan kerja yang bermakna dan mendapat maklumbalas mengenai prestasi tugas.

b) Kumpulan Kerja Bersepadu
Kumpulan ini secara keseluruhan kerjanya dibawah penyeliaan seorang penyelia dan ahli-ahlinya melakukan tugas secara bergilir-gilir.

NORMA DALAM KUMPULAN DAN PASUKAN

Norma adalah  satu peraturan tidak formal yang menggambarkan kelakuan yang dikongsi bersama secara meluas oleh ahli-ahli kumpulan. Satu set peraturan kelakuan yang piawai akan ditentukian mengikut keperluan-keperluan khusus. Norma pasukan akan mengutarakan pelbagai aspek.

1. Kriteria Utama Dalam Norma Kumpulan
Amnya norma dalam satu kumpulan akan wujud apabila terdapat tiga kriteria yang digabungkan. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti berikut :

a)Kelakuan Piawai Bagi Ahli Kumpulan
b)Ahli Kumpulan mestilah bersetuju ke atas piawai kelakuan yang telah ditetapkan.
c)Sistem Pemberian ganjaran dan hukuman

2. Faktor-Faktor Kewujudan Norma Dalam Organisasi
Secara amnya didapati pembentukan norma wujud apabila terdapat  satu atau lebih daripada empat faktor bergabung. Diantara faktor-faktornya adalah seperti berikut;

Image result for teamworka) Penyata Eksplit
b) Kelakuan Pertama
c) Kepentingan pemberian ganjaran dan hukuman



KEAKRABAN

Keakraban merupakan salah satu ciri yang penting dalam kumpulan. Keakraban kumpulan merujuk kepada betapa pentingnya daya tarikan kumpulan ke atas anggotanya supaya kekal dalam kumpulan dan sejauh mana mereka mempengaruhi antara satu sama lain.



Menjalin Keakraban Dan Norma Prestasi Tinggi
Pengurus haruslah membentuk satu kumpulan yang bekerjasama dan mempunyai tahap pencapaian tinggi. Tindakan berikut dapat membantu kumpulan tersebut seperti ;

 a) Pengambilan pekerja yang mempunyai tingkah laku, nilai dan latar belakang yang sama
 b) Mengekalkan standard sosialisasi dan syarat kemasukan yang tinggi
 c) Kekalkan kumpulan kecil (tetapi mampu melaksanakan kerja yang besar)
 d) Bantu kumpulan berjaya dan mengumumkan kejayaannya
 e) Memilih pemimpin yang aktif
 f) Sedia menerima Cabaran luar
 g) Berikan ganjaran berdasarkan pencapaian kumpulan


FUNGSI KUMPULAN DAN PASUKAN

Keberkesanan kumpulan adalah bergantung kepada watak dan fungsi untuk mengekalkan kumpulan. Fungsi tugas merujuk kepada merujuk kepada perkara-perkara yang berkait secara langsung dalam penyempurnaan tugas dengan berkesan. Dari perspektif pengurusan, terdapat beberapa fungsi yang penting iaitu ;

a) Permulaan aktiviti
b) Pencarian maklumat
c) Pemberian maklumat
d) Penghuraian
e) Penyelarasan
f) Perumusan
g) Percubaan
h) Pentaksiran
i) Penerangan pendapat
j) Pengenalan masalah




Comments

elvi said…
thank you semoga terus mengunjungi blog ini..

Popular posts from this blog

Types of Server platforms / Operating System (OS) Server

Terdapat dua jenis platform atau sistem operasi dalam Server. Sistem operasi tersebut ialah, Sistem Terbuka dan Sistem Berlesen. Sistem Berlesen (Licensed) ialah sistem operasi yang ditawarkan adalah berbayar. Ini bermakna untuk mendapatkan Sistem Operasi yang tersedia, pengguna perlu membelinya supaya ia dibenarkan untuk diinstall di dalam komputer untuk menjadi Sistem Operasi bagi server yang ingin dipasang. Antara contoh Sistem Operasi berlesen ialah, Microsoft Windows, Macintosh, Novell Netware dan banyak lagi. Sistem Operasi yang popular ialah Microsoft Windows. Sistem Terbuka pula ialah sistem operasi yang ditawarka kepada pengguna secara percuma. Pengguna hanya perlu melayari laman web OS tersebut, dan kemudiannya memuat turun sistem operasi tersebut. Setelah selesai memuat turun, pengguna boleh menginstall perisian sistem operasi tersebut. Antara contoh sistem operasi terbuka ialah Linux, Unix, Ubuntu, Debian, CentOS, RedHat, Mandrive dan banyak lagi.

Contoh-contoh peranti output

* Contoh- Contoh peranti output *  Monitor Monitor digunakan untuk memaparkan data yang kelihatan di depan skrin. Data yang biasa dipaparkan di atas skrin adalah seperti gambar, permainan computer, tayangan filem, arahan, teks dan sebagainya. Antara jenis-jenis monitor ialah CRT (Cathode Ray Tube), LCD (Liquid Crystal Display) dan Plasma Display. Projektor LCD Projektor LCD digunakan untuk memaparkan data di depan skrin. Projektor LCD mempunyai fungsi yang sama seperti monitor tetapi Projektor LCD digunakan di sebuah bilik atau dikawasan yang lebih luas agar boleh dilihat oleh ramai orang. Pencetak Pencetak adalah satu peranti yang digunakan untuk mengeluarkan data dari dalam komputer kepada bentuk cetakan pada kertas. Pencetak menukarkan data elektronik kepada bentuk hard copy. Terdapat beberapa jenis pencetak yang terdapat di pasaran. Antaranya ialah Pencetak Buble-Jet, Pencetak Laser, Penc