Skip to main content

Machine Language

Hai, para pembaca blog saya yang setia ... kononlah... hari ini kami belajar mengenai Programming Languages ... Antara bahasa program yang kami pelajari ialah Machine Language

Machine Language adalah bahasa program generasi pertama. Ia merupakan bahasa program yang ditetapkan menjadi satu set arahan atau perintah yang dinyatakan dalam bentuk bilangan biner atau binari, bagi angka binari ia hanya mengandungi 0 dan 1.  Ia merupakan Low level Language juga difahami sebagai tatacara yang digunakan untuk berkomunikasi dengan komputer yang berorientasikan mesin. Selain itu. Ia merupakan kod operasi sesuatu mesin tertentu.

Machine Language berfungsi untuk memberikan data dan arahan tentang bagaimana mengolah sesebuah data kepda CPU.
Contohnhya, 01100101100110
Machine Language or Machine Code

Comments

Popular posts from this blog

Types of Server platforms / Operating System (OS) Server

Terdapat dua jenis platform atau sistem operasi dalam Server. Sistem operasi tersebut ialah, Sistem Terbuka dan Sistem Berlesen. Sistem Berlesen (Licensed) ialah sistem operasi yang ditawarkan adalah berbayar. Ini bermakna untuk mendapatkan Sistem Operasi yang tersedia, pengguna perlu membelinya supaya ia dibenarkan untuk diinstall di dalam komputer untuk menjadi Sistem Operasi bagi server yang ingin dipasang. Antara contoh Sistem Operasi berlesen ialah, Microsoft Windows, Macintosh, Novell Netware dan banyak lagi. Sistem Operasi yang popular ialah Microsoft Windows. Sistem Terbuka pula ialah sistem operasi yang ditawarka kepada pengguna secara percuma. Pengguna hanya perlu melayari laman web OS tersebut, dan kemudiannya memuat turun sistem operasi tersebut. Setelah selesai memuat turun, pengguna boleh menginstall perisian sistem operasi tersebut. Antara contoh sistem operasi terbuka ialah Linux, Unix, Ubuntu, Debian, CentOS, RedHat, Mandrive dan banyak lagi.

Network Operating System

 Definisi - Sistem operasi Rangkaian merujuk kepada perisian yang melaksanakan sistem operasi pada komputer yang berorientasikan rangkaian. - Sistem operasi rangkaian ialah sistem operasi komputer yang pada dasarnya di reka cipta untuk menyokong stesen kerja, komputer peribadi, dan beberapa terminal yang bersambungan dengan LAN. Senarai NOS ialah > Microsoft Windows Server > Novell Netware >Unix/Linux >Apple Mac Fungsi-Fungsi NOS ialah mengarahkan lalulintas data pada rangkaian  membenarkan dan menghalang pemindahan data antara workstation mengelolakan aliran data diantara berbagai workstation yang berbeza atau tidak serasi. mengelola permintaan layanan printer mengelola permintaan dan pesanan diantara pengguna rangkaian mengelola hubungan diantara jaringan dan lokasi-lokasi jarak jauh.

Apa itu ISO/IEC: 8648: 1988 (Interconnection- Internal organization of the network layer)

ISO/IEC: 8648: 1988 adalah merupakan akta bagi sistem pemprosesan maklumat organisasi dalam lapisan rangkaian model OSI. Ia merupakan satu standard atau piawaian yang bertujuan untuk Penyeragaraman dalam menghasilkan produk, bahan , perkhidmatan mengikut standard yang disediakan oleh ISO. Dalam erti kata lain, ISO/IEC: 8648: 1988 ialah satu piawaian yang ditetapkan untuk menyeragamkan atau membolehkan semua perkakasan dapat digunakan bersama walaupun daripada vendor yang berbeza. Ia adalah berkaitan dengan OSI (Open System Interconnection). Ia juga untuk menentukan penggunaan “ rangkaian sebenar”  dalam menyokong atau menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, boleh dipercayai dan selamat.