Skip to main content

VARIABLE SUBNET MASK

Variable-Length Subnet Masking (VLSM) adalah sama dengan ‘subnetting subnet’ dimana ia membenarkan Jurutera Rangkaian untuk membahagikan ruang IP address kepada subnet yang berlainan saiz di dalam sebuah hierarki, dan ianya boleh untuk mencipta (create) subnet dengan jumlah host yang berbeza tetapi tidak membazirkan jumlah bilangan alamat yang besar atau banyak tersebut.
            Subnet Mask bertujuan untuk menyatakan saiz setiap subnet (jumlah alamat host dalam sesebuah subnet). Fixed-Length Subnet Masking (FLSM) adalah dicipta (creates) untuk melakukan subnet dengan saiz yang sama bagi semua subnet. Namun begitu, kebiasaanya terdapat sebahagian subnet yang mempunyai terlalu banyak host sehingga ia tidak mencukupi, dan terdapat juga subnet yang terlalu sedikit dan membazir kerana host-host tersebut tidak memenuhi subnet tersebut. Oleh itu, apabila VLSM diaktifkan atau dihidupkan (enabled) subnet yang besar ataupun yang masih mempunyai ruang boleh dibahagikan kepada set sub-subnets yang lebih kecil, dimana ia akan diuruskan untuk menguruskan atau mengendalikas set-set host yang kecil.
VLSM adalah sama dalam konsep dan niat untuk Classless Inter Domain Routing (CIDR), yang membolehkan domain Internet tunggal untuk mempunyai ruang alamat yang tidak muat ke dalam kelas address tradisional. VLSM pada asalnya ditakrifkan dalam IETF RFC 1812 .



Comments

Popular posts from this blog

Types of Server platforms / Operating System (OS) Server

Terdapat dua jenis platform atau sistem operasi dalam Server. Sistem operasi tersebut ialah, Sistem Terbuka dan Sistem Berlesen. Sistem Berlesen (Licensed) ialah sistem operasi yang ditawarkan adalah berbayar. Ini bermakna untuk mendapatkan Sistem Operasi yang tersedia, pengguna perlu membelinya supaya ia dibenarkan untuk diinstall di dalam komputer untuk menjadi Sistem Operasi bagi server yang ingin dipasang. Antara contoh Sistem Operasi berlesen ialah, Microsoft Windows, Macintosh, Novell Netware dan banyak lagi. Sistem Operasi yang popular ialah Microsoft Windows. Sistem Terbuka pula ialah sistem operasi yang ditawarka kepada pengguna secara percuma. Pengguna hanya perlu melayari laman web OS tersebut, dan kemudiannya memuat turun sistem operasi tersebut. Setelah selesai memuat turun, pengguna boleh menginstall perisian sistem operasi tersebut. Antara contoh sistem operasi terbuka ialah Linux, Unix, Ubuntu, Debian, CentOS, RedHat, Mandrive dan banyak lagi.

Apa itu ISO/IEC: 8648: 1988 (Interconnection- Internal organization of the network layer)

ISO/IEC: 8648: 1988 adalah merupakan akta bagi sistem pemprosesan maklumat organisasi dalam lapisan rangkaian model OSI. Ia merupakan satu standard atau piawaian yang bertujuan untuk Penyeragaraman dalam menghasilkan produk, bahan , perkhidmatan mengikut standard yang disediakan oleh ISO. Dalam erti kata lain, ISO/IEC: 8648: 1988 ialah satu piawaian yang ditetapkan untuk menyeragamkan atau membolehkan semua perkakasan dapat digunakan bersama walaupun daripada vendor yang berbeza. Ia adalah berkaitan dengan OSI (Open System Interconnection). Ia juga untuk menentukan penggunaan “ rangkaian sebenar”  dalam menyokong atau menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, boleh dipercayai dan selamat.

Network Operating System

 Definisi - Sistem operasi Rangkaian merujuk kepada perisian yang melaksanakan sistem operasi pada komputer yang berorientasikan rangkaian. - Sistem operasi rangkaian ialah sistem operasi komputer yang pada dasarnya di reka cipta untuk menyokong stesen kerja, komputer peribadi, dan beberapa terminal yang bersambungan dengan LAN. Senarai NOS ialah > Microsoft Windows Server > Novell Netware >Unix/Linux >Apple Mac Fungsi-Fungsi NOS ialah mengarahkan lalulintas data pada rangkaian  membenarkan dan menghalang pemindahan data antara workstation mengelolakan aliran data diantara berbagai workstation yang berbeza atau tidak serasi. mengelola permintaan layanan printer mengelola permintaan dan pesanan diantara pengguna rangkaian mengelola hubungan diantara jaringan dan lokasi-lokasi jarak jauh.