Skip to main content

Games Pelbagai Arena

pada waktu saya membaca Majalah PC saya terbaca sebuah artikel yg agak menarik perhatian saya...ini kerana saya merupakan orang yang 'gila games'.. baik menggunakan handphone, laptop maupun ipad saya tetap bermain games oleh itu disini saya ingin berkongsi tentang games kepada semua penggemar 'games'..

*suatu ketika dahulu, majoriti permainan(games) hnya sesuai dimainkan di PC Desktop. Kemudian, wilayahnya diperluaskan lagi  ke platform atau arena lain seperti konsol dan laptop. Apabila teknologi rangkaian dan internet muncul, aktiviti bermain games kian meriah apabila boleh melibatkan ramai pemain, termasuklah serata dunia. Kemeriahan itu diteruskan apabila peranti-peranti mudah alih dan games yang sesuai untuknya turut dihasilkan.

* berikut adalah fakta-fakta menarik mengenai games dan platform berbeza yang direka untuk menyokongnya.

01. Meskipun jualan PC Desktop di deluruh dunia khabarnya menyusut, namun judul games yang disasarkan untuk peranti ini teus muncul. Antara Sebabnya, platform ini boleh menawarkan spesifikasi peranti yang tinggi.

02. Selain komputer dn peranti mobil, games popular turut dimainkan melalui pelbagai model konsol, termasuk pelbagai jenis mudah alih. Antara konsol yang terbaru di pasaran termasuk Sony PlayStation 4 dan Microsoft Xbox One.


03.Games yang berintensifkan grafik juga boleh dimainkan di laptop tinggi spsesifikasinya. Kini cip grafik khas yang kian canggih daripada NVIDIA atau AMD sering melengkapi model laptop yang sesuai untuk games.

04.Suatu ketika games dmainkan secara individu. Namun setelah wujud jaringan dan internet, games yang boleh dimainkan secara ramai terus dihasilkan. Malah boleh melibatkan ramai pemain dari serata dunia.

05. Hari ini telepon pintar atau SMARTPHONE dan tablet bukan hanya untuk berhubung atau melayari web, sebaliknya, peranti mobil ini juga boleh memainkan games yang ringan.

06. Platform windows terus menjadi pilihan pemaju games berbanding MAC atau pun LINUX. sementara bagi peranti mobil, platform Android dan iOS masih lebih banyak berbanding Windows Phone atau BlackBerry.


Comments

Popular posts from this blog

Types of Server platforms / Operating System (OS) Server

Terdapat dua jenis platform atau sistem operasi dalam Server. Sistem operasi tersebut ialah, Sistem Terbuka dan Sistem Berlesen. Sistem Berlesen (Licensed) ialah sistem operasi yang ditawarkan adalah berbayar. Ini bermakna untuk mendapatkan Sistem Operasi yang tersedia, pengguna perlu membelinya supaya ia dibenarkan untuk diinstall di dalam komputer untuk menjadi Sistem Operasi bagi server yang ingin dipasang. Antara contoh Sistem Operasi berlesen ialah, Microsoft Windows, Macintosh, Novell Netware dan banyak lagi. Sistem Operasi yang popular ialah Microsoft Windows. Sistem Terbuka pula ialah sistem operasi yang ditawarka kepada pengguna secara percuma. Pengguna hanya perlu melayari laman web OS tersebut, dan kemudiannya memuat turun sistem operasi tersebut. Setelah selesai memuat turun, pengguna boleh menginstall perisian sistem operasi tersebut. Antara contoh sistem operasi terbuka ialah Linux, Unix, Ubuntu, Debian, CentOS, RedHat, Mandrive dan banyak lagi.

KERJASAMA DALAM KERJA KUMPULAN

PENGENALAN Kumpulan didefinisikan sebagai dua atau lebih individu yang bebas berinteraksi di antara satu sama lain, disamping berkongsi tujuan dan juga identiti. Terdapat empat dimensi untuk membentuk kumpulan iaitu ; a) Sebuah kumpulan mesti memiliki dua atau lebih ahli b) Setiap individu bebas berinteraksi antara satu sama lain c)Setiap individu mesti berkongsi identiti untuk berinteraksi diantara satu sama lain. d) Setiap individu sama ada lelaki atau perempuan harus diiktiraf sebagai ahli di dalam kumpulan tersebut.                                                                JENIS-JENIS KUMPULAN  Kumpulan boleh dikategorikan kepada dua kategori iaitu kumpulan formal dan tidak formal. a) Kumpulan Formal   - Merupakan sebuah kumpulan yang ditubuhkan untuk meningkatkan produktiviti...

KEPERLUAN LATIHAN PERSONEL DALAM KERJAYA

PENGENALAN Mengenal pasti keperluan latihan merupakan batu loncatan dalam sistem pengurusan latihan yang sesuai di mana seluruh arahan latihan yang diprogramkan dibina. Falsafah Latihan adalah prestasi industri yang merujuk kepada tahap dedikasi yang ditunjukkan oleh setiap personel dalam sesebuah organisasi. Tujuan latihan adalah untuk meningkatkan keberkesanan individu supaya mereka boleh menyumbang kepada daya saing organisasi. Latihan adalah proses berterusan. Sekurang-kurangnya latihan perlu disediakan apabila :  a) Seseorang menyertai organisasi  b) Seseorang menganggap tanggungjawab baru  c) Pretasi kerja seseorang memerlukan penambahbaikan  d) keadaan baru memerlukan perubahan dalam produk, teknologi, dasar, amalan, atau prosedur. JENIS-JENIS LATIHAN 1. Latihan Dalaman - Dijalankan adalah berbeza bagi pekerja-pekerja baru, pengurus kumpulan latihan dan eksekutif, untuk meningkatkan prestasi kerja mereka atau persediaan bagi mereka untuk kenaik...