Ip Address ialah alamat rangkaian logical
yang mengenalpasti sesuatu computer tertentu. Ia sepatutnya disettingkan dengan
betul dan dalam keadaan yang unik supaya dapat berkomunikasi dengan peranti
yang lain melalui Internet. Sesuatu alamat IP dikhaskan kepada perhubungan
antara interface untuk sesebuah host.
Terdapat dua jenis platform atau sistem operasi dalam Server. Sistem operasi tersebut ialah, Sistem Terbuka dan Sistem Berlesen. Sistem Berlesen (Licensed) ialah sistem operasi yang ditawarkan adalah berbayar. Ini bermakna untuk mendapatkan Sistem Operasi yang tersedia, pengguna perlu membelinya supaya ia dibenarkan untuk diinstall di dalam komputer untuk menjadi Sistem Operasi bagi server yang ingin dipasang. Antara contoh Sistem Operasi berlesen ialah, Microsoft Windows, Macintosh, Novell Netware dan banyak lagi. Sistem Operasi yang popular ialah Microsoft Windows. Sistem Terbuka pula ialah sistem operasi yang ditawarka kepada pengguna secara percuma. Pengguna hanya perlu melayari laman web OS tersebut, dan kemudiannya memuat turun sistem operasi tersebut. Setelah selesai memuat turun, pengguna boleh menginstall perisian sistem operasi tersebut. Antara contoh sistem operasi terbuka ialah Linux, Unix, Ubuntu, Debian, CentOS, RedHat, Mandrive dan banyak lagi.
Comments