Terdapat beberapa langkah yang perlu kita lakukan apabila kita merancang untuk melaksanakan sesuatu mesyuarat. Ianya terbahagi kepada 6 langkah.
1. Set Objektif- Setiap mesyuarat harus ditetapkan objektif terlebih dahulu sebelum membuat keputusan bahwa mesyuarat perlu diadakan. Jika tiada keperluan untuk mengadakan mesyuarat maka ia tidak wajib untuk diadakan.
2. Buat agenda- Setiap mesyuarat perlu ada agenda untuk memastikan mesyuarat berjalan mengikut objektif.
3. Edar agenda- Semua hadirin mesyuarat perlu mendapatkan agenda sebelum mesyuarat dijalankan.
4. Adakan Mesyuarat- Mesyuarat diadakan ditempat yang sesuai dengan jenis mesyuarat dan bilangan hadirin.
5. Tangguh Mesyuarat- Mesyuarat ditangguhkan (ditamatkan) oleh pengerusi.
6. Ikuti Perkembangan- Perkara yang telah diusulkan dan diarahkan di dalam mesyuarat perlu diikuti perkembangannya dalam persekitaran kerja.
Comments