Skip to main content

Mengurus Aktiviti Kerja

Image result for work quotesPengurusan kerja  yang efektif perlu dilaksanakan oleh pekerja agar mampu membawa keuntungan kepada pihak organisasi. Oleh itu, terdapat beberapa perkara yang perlu dikenal pasti bagi meningkatkan kemahiran pekerja di tempat kerja ialah mengurus aktiviti kerja.berikut terdapat beberapa kriteria bagaimana mengurus aktiviti kerja.
  1. MEMAHAMI SKOP KERJA

    - Kita perlulah mengenal pasti tugasan yang akan dilakukan, kerja-kerja dan tanggungjawab yang diberikan.
    - Aspek-aspek lain yang perlu dikenalpasti adalah peralatan atau bahan yang akan digunakan, produk yang dihasilkan atau perkhidmatan yang diberikan.
    -Tajuk kerja mestilah menunjukkan dengan jelas fungsi sesuatu tugasan yang akan dilaksanakan.
    -Matlamat kerja perlu menerangkan tugasan secara menyeluruh dengan jelas.
  2. MENGENAL PASTI HASIL YANG DIKEHENDAKI DAN MASALAHNYA

    -Fikirkan dengan teliti hasil kerja yang penting untuk anda dan catatkannya dengan terperinci.
    -Pecahkan setiap matlamat kepada aktiviti-aktiviti, kenalpasti langkah yang diperlukan untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut.
    -Kenalpasti Syarat-syarat dan sumber-sumber berkaitan yang diperlukan untuk setiap langkah kerja.
    - Produktiviti pekerja adalah ukuran pencapaian kecekapan dan keberkesanan seorang pekerja dalam sesuatu pekerjaan.
  3. MEMAHAMI TEKNOLOGI ATAU KAEDAH YANG SESUAI

    - Setiap kerja yang dilakukan tidak sepatutnya berkembang dengan sendirinya. Ia perlu dirangka dengan teliti supaya menepati permintaan yang sentiasa berubah, serta teknologi, kemahiran dan kebolehan organisasi dan juga pilihan pekerja.Terdapat 3 perkara yang terlibat iaitu Peluasan Kerja, Pengayaan Pekerjaan, dan Model ciri-ciri Kerja.

    -
    Peluasan Kerja (Job Enlargement) ialah perancangan kerja yang menjurus kepada menjadikan kerja-kerja kecil dan khusus.Namun , kerja-kerja yang sangat fokus dan khusus mewujudkan cabaran yang lebih besar untuk memotivasikan pekerja. Peluasan Kerja merupakan usaha untuk menyelesaikan masalah pengkhususan dengan melibatkan peluasan kerja secara horizontal iaitu dengan menambah skop kerja- bilangan tugasan yang diperlukan dalam sesuatu kerja atau kekerapan sesuatu tugasan yang diulang.

    -Pengayaan Pekerjaan ( Job Enrichment ) ialah peluasan kerja secara vertical iaitu dengan menambah dan mentafsir. Ia meningkatkan kefahaman dalam sesuatu kerja iaitu tahap kawalan seorang pekerja ke atas kerja yang mereka lakukan. Dengan kata lain, pekerja dipertanggungjawabkan untuk melakukan beberapa tugasan yang sepatutnya dibuat oleh pengurus mereka.

    -Model Ciri-Ciri Kerja (Job Characteristic Model/JCM) menawarkan rangka kerja yang dimaksudkan melalui beberapa perkara dikenalpasti iaitu 5 ciri-ciri asas kerja, hubungan dan impak ke atas produktiviti, motivasi dan kepuasan pekerja. 5 dimensi utamanya adalah Kepelbagaian Kemahiran, Pengenalan Tugasan,Signifikan Tugasan, Autonomi dan Maklum balas.
  4. MENETAPKAN KEUTAMAAN KERJA

    - Kita perlulah megenal pasti apa yang hendak dilakukan. Memastikan hasil kerja yang hebat ialah dengan mengetahui apa yang perlu ditumpukan.
    -3 perkara yang penting dalam aspek ini ialah menjelaskan minat anda, memahami kekuatan dan kelemahan anda serta mengenalpasti kerja anda dan apa yang diperlukan untuk mendapat hasil kerja yang hebat.
  5. TEKNIK PENGURUSAN MASA YANG EFEKTIF

    -Pengurusan masa bukan sahaja bermaksud menguruskan masa kita. Ia adalah mengenai pengurusan diri kita sendiri. Ia berkaitan dengan keutamaan, kawalan situasi kendiri dan penggunaan masa.
    - Pengurusan masa yang baik perlulah menetapkan matlamat realistik yang boleh dicapai, wujudkan keutamaan dan bertanggungjawab penuh keatas penggunaan dan penyalahgunaan masa.
    -
    Terdapat kelebihan apabila melakukan Pengurusan Masa. Ia dapat menghapuskan penangguhan kerja, sentiasa berada dalam kawalan, mengurangkan tekanan, melengkapkan lebih kerja dan meningkatkan kejayaan serta menikmati masa luang yang ada.
6. TANGGUNGJAWAB DAN AKAUNTABILITI DALAM PEKERJAAN
Image result for work quotes6.1 - Tanggungjawab ialah tugasan yang ditetapkan yang perlu dilengkapkan oleh individu atau jawatan.- Pencapaian matlamat melibatkan penetapan tarikh akhir untuk matlamat peribadi dan yang berkaitan dengan kerja seperti tarikh akhir laporan.- Tanggungjawab pekerja termasuklah memberikan yang terbaik dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberikan, mengetahui hadnya, mengetahui objektif dan matlamat organisasi, menghormati dan mematuhi ketua, memahami bahawa ketua mempunyai hak untuk membuat keputusan, dan setiap orang bertanggungjawab ke atas kejayaan organisasi.6.2 - Akautabiliti ialah jawatan seseorang yang dipertanggunjawabkan ke atas sesuatu tugasan perlu bertanggungjawab dalam memastikan yang ia dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.

sumber : badukan.com

Comments

Popular posts from this blog

Types of Server platforms / Operating System (OS) Server

Terdapat dua jenis platform atau sistem operasi dalam Server. Sistem operasi tersebut ialah, Sistem Terbuka dan Sistem Berlesen. Sistem Berlesen (Licensed) ialah sistem operasi yang ditawarkan adalah berbayar. Ini bermakna untuk mendapatkan Sistem Operasi yang tersedia, pengguna perlu membelinya supaya ia dibenarkan untuk diinstall di dalam komputer untuk menjadi Sistem Operasi bagi server yang ingin dipasang. Antara contoh Sistem Operasi berlesen ialah, Microsoft Windows, Macintosh, Novell Netware dan banyak lagi. Sistem Operasi yang popular ialah Microsoft Windows. Sistem Terbuka pula ialah sistem operasi yang ditawarka kepada pengguna secara percuma. Pengguna hanya perlu melayari laman web OS tersebut, dan kemudiannya memuat turun sistem operasi tersebut. Setelah selesai memuat turun, pengguna boleh menginstall perisian sistem operasi tersebut. Antara contoh sistem operasi terbuka ialah Linux, Unix, Ubuntu, Debian, CentOS, RedHat, Mandrive dan banyak lagi.

KERJASAMA DALAM KERJA KUMPULAN

PENGENALAN Kumpulan didefinisikan sebagai dua atau lebih individu yang bebas berinteraksi di antara satu sama lain, disamping berkongsi tujuan dan juga identiti. Terdapat empat dimensi untuk membentuk kumpulan iaitu ; a) Sebuah kumpulan mesti memiliki dua atau lebih ahli b) Setiap individu bebas berinteraksi antara satu sama lain c)Setiap individu mesti berkongsi identiti untuk berinteraksi diantara satu sama lain. d) Setiap individu sama ada lelaki atau perempuan harus diiktiraf sebagai ahli di dalam kumpulan tersebut.                                                                JENIS-JENIS KUMPULAN  Kumpulan boleh dikategorikan kepada dua kategori iaitu kumpulan formal dan tidak formal. a) Kumpulan Formal   - Merupakan sebuah kumpulan yang ditubuhkan untuk meningkatkan produktiviti...

KEPERLUAN LATIHAN PERSONEL DALAM KERJAYA

PENGENALAN Mengenal pasti keperluan latihan merupakan batu loncatan dalam sistem pengurusan latihan yang sesuai di mana seluruh arahan latihan yang diprogramkan dibina. Falsafah Latihan adalah prestasi industri yang merujuk kepada tahap dedikasi yang ditunjukkan oleh setiap personel dalam sesebuah organisasi. Tujuan latihan adalah untuk meningkatkan keberkesanan individu supaya mereka boleh menyumbang kepada daya saing organisasi. Latihan adalah proses berterusan. Sekurang-kurangnya latihan perlu disediakan apabila :  a) Seseorang menyertai organisasi  b) Seseorang menganggap tanggungjawab baru  c) Pretasi kerja seseorang memerlukan penambahbaikan  d) keadaan baru memerlukan perubahan dalam produk, teknologi, dasar, amalan, atau prosedur. JENIS-JENIS LATIHAN 1. Latihan Dalaman - Dijalankan adalah berbeza bagi pekerja-pekerja baru, pengurus kumpulan latihan dan eksekutif, untuk meningkatkan prestasi kerja mereka atau persediaan bagi mereka untuk kenaik...