Skip to main content

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

1. PENGENALAN

-Penyelesaian masalah merupakan satu seni kerana tiada satu pendekatan yang universal dalam menyelesaikan masalah. Pada asasnya seseorang perlu menerokai pelbagai cara dalam menyelesaikan sesuatu masalah sehingga menemukan cara yang terbaik.


2. KENAL PASTI MASALAH

- Perkara pertama yang perlu dilakukan dalam menyelesaikan masalah ialah dengan menyatakan masalah tersebut.
- Ini merupakan tahap yang kritikal dalam penyelesaian masalah dan akan mengambil masa serta perbincangan kumpulan yang diperlukan.
- Sekiranya masalah tersebut berkaitan dengan situasi kerja, buat kajian bersama penyelia atau jawatankuasa atau sumber yang berkenaan.

-Pertimbangkan persoalan seperti dibawah ;
  • Apakah permasalahannya?
  • Adakah ia masalah saya?
  • Adakah saya mampu menyelesaikannya?
  • Adakah ia boleh selesai dengan sendirinya?
  • Adakah berisiko sekiranya saya mengabaikannya?
3. MENGANALISA SEBAB-SEBAB

-Analisis ke atas penyebab kepada permasalahan sepatutnya menjurus kepada penyelesaiannya.
-Pertimbangkan soalan ini, 'Apakah sebab atau sebab-sebab kepada permasalahan tersebut?'

4. MEMBINA PENYELESAIAN ALTERNATIF

-Lihat kepada masalah dalam perspektif yang berbeza; cuba dapatkan perspektif baru yang anda tidak pernah terfikirkan. Sumbangsaran merupakan proses penerokaan masalah yang hebat.
- Sebaik sahaja semua penyelesaian alternatif disenaraikan, perlu ada sikap terbuka kepada sebarang kemungkinan. Berikan tumpuan kepada :
  • Perlu lebih maklumat need more information
  • Penyelesaian yang baru
  • Boleh digabung atau dibuang
  • Akan bertemu sesuatu yang berlawanan
  • Kelihatan seperti memberi harapan atau mengujakan
5. MEMILIH DAN MELAKSANAKAN PENYELESAIAN YANG TERBAIK

Image result for strategies clipart-Penyelesaian pertama yang difikirkan tidak semestinya penyelesaian yang terbaik walaupun ia diterima oleh semua. Adalah lebih baik sekiranya penyelesaian terbaik dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

-Membina perancangan untuk pelaksanaan melibatkan ;
  • Proses langkah demi langkah atau tindakan dalam menyelesaikan masalah
  • Mengenalpasti sumber / peruntukan
  • Jangkamasa Pelaksanaan

6. MENILAI KESAN SESUATU PENYELESAIAN

- Peringkat terakhir dalam menyelesaikan masalah ialah menilai kesan penyelesaiannya. Ini bermaksud mengumpul maklumat sejauh mana penyelesaian itu dapat dilaksanakan.
- Kesan berterusan penyelesaian perlu dinilai, sebaik-baiknya dari segi kriteria kejayaan yang boleh diukur di mana semua pihak yang terlibat bersetuju.
-Penilaian penyelesaian berguna sama ada kesimpulannya positif atau negatif
-Maklumbalas yang menyatakan ia adalah penyelesaian yang terbaik menunjukkan bahawa keputusan itu perlu diteruskan dan mungkin digunakan di tempat lain dalam organisasi. Maklum balas yang negatif bermakna sama ada, pelaksanaan akan memerlukan lebih banyak masa, sumber, usaha, fikiran atau keputusan itu adalah satu keputusan yang buruk.

Comments

Popular posts from this blog

Types of Server platforms / Operating System (OS) Server

Terdapat dua jenis platform atau sistem operasi dalam Server. Sistem operasi tersebut ialah, Sistem Terbuka dan Sistem Berlesen. Sistem Berlesen (Licensed) ialah sistem operasi yang ditawarkan adalah berbayar. Ini bermakna untuk mendapatkan Sistem Operasi yang tersedia, pengguna perlu membelinya supaya ia dibenarkan untuk diinstall di dalam komputer untuk menjadi Sistem Operasi bagi server yang ingin dipasang. Antara contoh Sistem Operasi berlesen ialah, Microsoft Windows, Macintosh, Novell Netware dan banyak lagi. Sistem Operasi yang popular ialah Microsoft Windows. Sistem Terbuka pula ialah sistem operasi yang ditawarka kepada pengguna secara percuma. Pengguna hanya perlu melayari laman web OS tersebut, dan kemudiannya memuat turun sistem operasi tersebut. Setelah selesai memuat turun, pengguna boleh menginstall perisian sistem operasi tersebut. Antara contoh sistem operasi terbuka ialah Linux, Unix, Ubuntu, Debian, CentOS, RedHat, Mandrive dan banyak lagi.

KERJASAMA DALAM KERJA KUMPULAN

PENGENALAN Kumpulan didefinisikan sebagai dua atau lebih individu yang bebas berinteraksi di antara satu sama lain, disamping berkongsi tujuan dan juga identiti. Terdapat empat dimensi untuk membentuk kumpulan iaitu ; a) Sebuah kumpulan mesti memiliki dua atau lebih ahli b) Setiap individu bebas berinteraksi antara satu sama lain c)Setiap individu mesti berkongsi identiti untuk berinteraksi diantara satu sama lain. d) Setiap individu sama ada lelaki atau perempuan harus diiktiraf sebagai ahli di dalam kumpulan tersebut.                                                                JENIS-JENIS KUMPULAN  Kumpulan boleh dikategorikan kepada dua kategori iaitu kumpulan formal dan tidak formal. a) Kumpulan Formal   - Merupakan sebuah kumpulan yang ditubuhkan untuk meningkatkan produktiviti kerja. Ia juga dipanggil sebagai sebuah pasukan atau sebuah jawatankuasa kumpulan kerja.   - Satu kumpulan yang mempunyai tujuan dan tugas-tugas yang berkaitan dengan

Contoh-contoh peranti output

* Contoh- Contoh peranti output *  Monitor Monitor digunakan untuk memaparkan data yang kelihatan di depan skrin. Data yang biasa dipaparkan di atas skrin adalah seperti gambar, permainan computer, tayangan filem, arahan, teks dan sebagainya. Antara jenis-jenis monitor ialah CRT (Cathode Ray Tube), LCD (Liquid Crystal Display) dan Plasma Display. Projektor LCD Projektor LCD digunakan untuk memaparkan data di depan skrin. Projektor LCD mempunyai fungsi yang sama seperti monitor tetapi Projektor LCD digunakan di sebuah bilik atau dikawasan yang lebih luas agar boleh dilihat oleh ramai orang. Pencetak Pencetak adalah satu peranti yang digunakan untuk mengeluarkan data dari dalam komputer kepada bentuk cetakan pada kertas. Pencetak menukarkan data elektronik kepada bentuk hard copy. Terdapat beberapa jenis pencetak yang terdapat di pasaran. Antaranya ialah Pencetak Buble-Jet, Pencetak Laser, Penc